Ubati Penyakit Zahir & Batin Dengan Sedekah
___________________________
HARTA YANG KOTOR
Rasulullah saw pernah menyatakan, sabda baginda yang berbunyi:
"Bentengi hartamu dengan zakat, ubati penyakitmu dengan sedekah, dan hadapi ujianmu dengan doa."
(HR. Thabrani)
"Harta yang berpenyakit bermaksud harta yang tak dikeluarkan zakat daripadanya. Harta itu langsung menjadi kotor.
"Cara terbaik untuk mengubati harta yang kotor adalah melalui pengeluaran wang zakat kerana zakat itu sendiri membawa maksud 'membersihkan'.
"Jadi, ubatilah penyakit harta dengan menunaikan zakat."
SEDEKAH UBATI PENYAKIT
Walaupun ulama berpendapat bahawa penyakit yang boleh diubati dengan bersedekah ini hanyalah penyakit batin, tetapi Nabi saw tidak menyebut perkataan 'batin' secara khusus.
Oleh itu, amalkan amalan bersedekah
"Selain berikhtiar dengan ubat-ubatan klinikal, jangan lupa untuk berubat dengan cara yang diajar oleh agama Islam itu sendiri. Gabung-gabungkan kedua-dua usaha ini, insya-Allah, ikhtiar kita akan diberkati.
"Contohnya, kita membaca Al-Quran, kita hadiahkan pahala sedekah kepada orang sakit atau orang yang telah meninggal dunia. Dengan izin Allah swt, sedekah akan membersihkan penyakit-penyakit kita,"
DOA MALAIKAT UNTUK PEMBERI SEDEKAH
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda maksudnya:
"Tidaklah para hamba berada di pagi hari, melainkan pada pagi itu terdapat dua malaikat yang turun. Salah satunya berdoa, "Ya Allah, berikanlah ganti atau balasan di akhirat kepada orang yang berinfak", sedang yang lain berkata, "Ya Allah, berikanlah kebinasaan (harta) kepada orang yang menahan (hartanya)."
(HR. Al-Bukhari; Muslim)
"Ini ialah doa malaikat yang dikhususkan kepada orang yang rajin bersedekah dan orang yang kedekut dengan hartanya.
"Mereka yang suka bersedekah akan didoakan oleh malaikat dengan balasan yang baik. Manakala, mereka yang bakhil akan didoakan dengan kemusnahan.
"Ternyata sudah ada ubat yang disediakan oleh Islam untuk mengubati penyakit zahir, mahupun penyakit batin. Maka, ambillah imbalan ini sebagai satu peluang untuk membersihkan diri daripada kekotoran yang melanda."
JANGAN BERTANGGUH DENGAN SEDEKAH!
Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali),
“Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan
termasuk orang-orang yang saleh.”
[SURAH AL MUNAFIQUN AYAT 10]

JANGAN BERTANGGUH DENGAN SEDEKAH!
INFAQ PEMBELAJARAN ANAK-ANAK TAHFIZ AL-QURAN




