SUMBANGAN UNTUK PERSEDIAAN MEMBEKALKAN 10 TAN KURMA AJWA DAN MEMBANTU ANAK-ANAK YATIM, PELAJAR TAHFIZ & ASNAF SEPANJANG RAMADHAN TAHUN HADAPAN (2026)



Pertubuhan Amal Barakah Terengganu (MyAmbar) ditubuhkan sejak 2019 dengan misi utama untuk membantu anak-anak yatim, pelajar tahfiz, dan golongan asnaf melalui program kebajikan dan inisiatif berkaitan pendidikan, makanan, serta keperluan asas.


Objektif Penubuhan MyAmbar :

1. Membantu golongan yang memerlukan. 

  • Menyediakan bantuan makanan, pakaian, dan keperluan asas kepada anak yatim, pelajar madrasah, dan asnaf.

2. Menyokong Pendidikan Pelajar Tahfiz & Madrasah

  • Memberikan sumbangan kepada madrasah dan pelajar tahfiz bagi memastikan mereka dapat belajar dan menghafal al-quran dalam keadaan yang selesa.

3. Menjalankan Kempen Kutipan Derma & Infaq

  • Menggalakkan umat Islam untuk berkongsi rezeki dan menyumbang dalam bentuk wakaf, sedekah, dan zakat.

4. Program Derma Makanan & Bekalan Ramadan

  • Menganjurkan Program Derma Ramadhan untuk membekalkan juadah iftar & sahur kepada anak-anak yatim, asnaf, dan pelajar madrasah/tahfiz sepanjang Ramadan.

5. Memudahkan Saluran Sumbangan Orang Ramai

  • Menjadi platform yang telus dan amanah dalam menguruskan sumbangan orang ramai untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." (HR Ahmad, at-Tabarani, ad-Daruqutni)

Dengan izin Allah, MyAmbar terus berusaha untuk menjadi jambatan kebaikan antara penderma dan penerima, memastikan setiap bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.







Ramadan adalah bulan keberkatan dan peluang terbaik untuk kita berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Bulan Ramadhan ini, MyAmbar berusaha untuk mengumpulkan RM200,000 bagi menyediakan:

1. Pembelian & Pengagihan 10 Tan Kurma Ajwa

  • Untuk anak-anak yatim, pelajar madrasah, tahfiz & asnaf di seluruh Malaysia.
  • Membantu mereka mendapatkan tenaga yang cukup untuk berpuasa sepanjang Ramadan.

2. Sumbangan Kepada Madrasah & Rumah Anak Yatim

  • Menyokong pendidikan pelajar tahfiz & madrasah dengan bantuan keperluan asas.
  • Meringankan beban pengurusan pusat kebajikan sepanjang Ramadan.

JOM SOKONG MISI MYAMBAR & MENCARI KERBERKATAN PAHALA DI BULAN YANG PENUH BARAKAH INI

Semoga dengan sokongan & infaq anda,

  • Allah limpahkan rezeki yang luas dan berkat
  • Dikurniakan kesihatan yang baik dan ketenangan hati
  • Dimurahkan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka
  • Dilapangkan segala urusan dunia & akhirat
  • Diganjarkan pahala berlipat ganda dan diterima sebagai amal jariah yang berkekalan

Rasulullah SAW bersabda:
"Sedekah tidak akan mengurangi harta, bahkan Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik." (HR Muslim)

Terima kasih kerana menyokong Misi Ramadan MyAmbar!
Semoga Allah membalas setiap kebaikan anda dengan keberkatan yang melimpah. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
INFAQ RAMADHAN (RM1000)
INFAQ RAMADHAN (RM300)
INFAQ RAMADHAN (RM100)
INFAQ RAMADHAN (RM50)
INFAQ RAMADHAN (RM30)
INFAQ RAMADHAN (RM10)
INFAQ SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN